Technical Updates: July 2011

From REAAA Wiki

Jump to: navigation, search

REKABENTUK GEOMETRIK JALAN


CKJG Technical Updates July2011.pdf
Kertas Kerja 1: Kriteria-kriteria Untuk Pemilihan Jajaran Jalan
Menjajar jalan atau ’route location’ boleh dianggap sebagai permulaan bagi sesuatu proses rekabentuk jalan. Proses rekabentuk jalan akan bermula setelah data ukur tanah atau survey data termasuk segala lukisan ukur telah diperolehi daripada jurukur tanah. Tapi bagaimanakah cara seseorang perekabentuk itu menentukan jajaran jalan yang akan dibina nanti?
Beberapa kriteria perlu di ambil kira semasa menentukan jajaran jalan. Bukan setakat melihat pada data atau lukisan yang disediakan oleh jurukur tanah atau sekadar menggunakan Google Earth, malah perekabentuk sendiri perlu turun ke tapak untuk lebih mengenalpasti keadaan sebenar supaya rekabentuk yang dihasilkan tidak mendatangkan masalah di kemudian hari.


Pengenalan

Keputusan awal untuk membina sesuatu jalan di sesuatu kawasan adalah satu keputusan yang kritikal dimana ianya turut memberi kesan dari aspek sosial, ekonomi, politik dan keselamatan.


Jajaran jalan atau road alignment boleh didefinisikan sebagai satu garisan (sama ada lurus atau berliku) di atas permukaan tanah yang menghubungkan satu titik permulaan (starting point) ke satu titik akhir (end point) dimana ianya memenuhi keperluan atau matlamat sesuatu projek yang dirancang. Jajaran jalan itu sendiri perlu menggabungkan elemen-elemen rekabentuk lain seperti curve, gradient dan sight distance yang mana akan menghasilkan satu produk (jalanraya) yang selesa dan selamat serta dapat mengurangkan kemusnahan kepada alam sekitar. Ini sekaligus menghasilkan infrastruktur yang dapat membantu di dalam meningkatkan tahap pembangunan sesuatu kawasan serta kedudukan sosio-ekonomi penduduk setempat.


Secara amnya, bagi mendapatkan jajaran jalan yang baik, faktor-faktor berikut perlu diambil kira :
1. Jajaran sebolehnya adalah satu laluan lurus yang bermula dari satu titik permulaan (starting point), melalui beberapa titik persilangan bagi laluan yang bukan lurus (intersection point) dan berakhir dengan titik akhir (end point).
2. Keselamatan pengguna jalanraya menjadi pertimbangan utama
3. Nilai pulangan yang terbaik bagi sesuatu lokasi jalan dan kaedah pembinaan berdasarkan peruntukan yang ada
4. Rekabentuk memungkinkan pengguna dapat menjimatkan kos dan direkabentuk dengan kelajuan yang selamat.


for full text, please download the bulletinPdf icon2.png here