Technical Updates: Jun 2011

From REAAA Wiki

Jump to: navigation, search

PENILAIAN REKABENTUK TERHADAP MEDIAN DRAIN


CKJG Technical Updates June 2011.pdf
Saiz median drain yang kecil dikhuatiri tidak mampu untuk menampung taburan hujan yang tinggi dan akan menyebabkan masalah takungan air pada permukaan jalan yang terlibat. Selain daripada itu, keperluan untuk mengambil kira aspek penyelenggaraan di dalam rekabentuk median drain adalah perlu diberi perhatian yang serius. Nota teknikal ini akan memaparkan laporan hasil daripada penilaian rekabentuk terhadap median drain di Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (Pakej 12) untuk menilai samaada rekabentuk yang dilaksanakan mencukupi atau tidak.


Kesimpulan

Daripada penemuan terhadap penilaian rekabentuk median drain di atas, dapatlah disimpulkan bahawa keperluan untuk mengambil kira aspek penyelenggaraan di dalam sesuatu rekabentuk adalah perlu diberi perhatian yang serius. Walaupun secara dasarnya rekabentuk telah memenuhi kehendak daripada segi kapasiti tetapi akibat daripada tiada sedikit kelegaan ianya akan menyebabkan sistem median drain ini perlu dipastikan sentiasa diselenggara dengan kerap dan sempurna, jika tidak kegagalan akan mudah berlaku memandangkan budaya penyelenggaraan di negara ini masih berada di tahap yang kurang memuaskan.

Begitu juga dengan perkara-perkara yang dianggap kecil jangan diambil mudah dalam melaksanakan sesuatu rekabentuk tersebut kerana ianya mungkin memberi kesan yang besar, sebagai contoh bagi keperluan longitudinal gradient minima untuk median drain tersebut, jika tidak dipatuhi dikhuatiri akan menyebabkan laluan air lambat untuk mengalir ke discharge point dan ianya juga akan menyebabkan median drain tersebut akan mudah tersumbat oleh selut tanah kerana ianya tidak berupaya untuk membersih secara sendirinya (self cleansing ).


for full text, please download the full bulletin Pdf icon2.png here