Technical Updates: March 2011

From REAAA Wiki

Jump to: navigation, search

Persimpangan - 'Guide Island untuk Jalan Minor'

CKJG Technical Updates March2011.pdf
Unit Forensik Keselamatan Jalan telah melaksanakan siasatan kemalangan di tiga lokasi persimpangan empat tanpa lampu isyarat yang mempunyai hampir sama permasalahan dan punca kemalangannya. Kemalangan yang berlaku di lokasi-Iokasi ini telah menyebabkan 3 kematian atau lebih. Punca berlakunya kemalangan bermula apabila pemandu dari jalan minor gagal berhenti di persimpangan empat lalu dirempuh oleh kenderaan yang bergerak laju di jalan utama. Lokasi-Iokasi tersebut adalah :-
  • F0005, Seksyen 468, Jalan Klang - Teluk Intan, Daerah Kuala Selangor, Selangor.
  • F0003, Seksyen 399, Jalan Kuantan - Kuala Terengganu, Daerah Kemaman, Terengganu,
  • F0012, Seksyen 121, Jalan Kuantan - Segamat, Daerah Pekan, Pahang.

Kajian lanjut telah dibuat bagi mengenalpasti akan beberapa perkara-perkara penting dan persamaan ciri-ciri yang terdapat di lokasi-Iokasi ini.


Pengenalan

Persimpangan ialah lokasi di mana terdapat banyak berlakunya konflik antara kenderaan di laluan utama dan kenderaan di jalan minor. Konflik seperti ini sering berakhir dengan perlanggaran antara kenderaan-kenderaan tersebut.

Satu daripada punca berlakunya kemalangan di persimpangan tanpa lampu isyarat ialah kegagalan kenderaan dari jalan minor berhenti di persimpangan sebelum memasuki jalan utama. Terdapat beberapa sebab mengapa kenderaan tersebut gagal berhenti dan antaranya ialah paparan geometric jajaran jalan yang memberi ilusi bahawa jalan tersebut lurus serta ketiadaan atau kekurangan tanda-tanda khusus persimpangan yang jelas kepada pemandu kenderaan berkenaan.

Mungkin ramai berpendapat kemalangan di persimpangan seperti yang dipaparkan adalah perkara yang kerap berlaku dan semua pihak mengetahui puncanya. Bagaimanapun kemalangan seperti masih juga berlaku dan akan terus berlaku sehingga sesuatu perubahan menerusi penambahbaikan standard rekabentuk dan sebagainya. Kertas kerja ini bertujuan mengemukakan cadangan penambahbaikan tersebut.


for full text, please download the full bulletinPdf icon2.png here