Technical Updates: May 2011

From REAAA Wiki

Jump to: navigation, search

‘JACK- IN PILE ‘– Kaedah Penanaman Cerucuk Mesra Alam


CKJG Technical Updates May2011.pdf
Pembinaan seringkali dikaitkan dengan keadaan bunyi bising, keadaan kotor, gegaran dan habuk pada pandangan umum. Sehubungan dengan itu , pihak JKR telah mengambil inisiatif untuk mengetengahkan salah satu kaedah yang dapat digunakan bagi mengurangkan pelbagai risiko pencemaran dan kerosakan terhadap alam sekitar serta struktur berhampiran. Kajian kes yang terlibat adalah Projek Menaiktaraf Dewan Serbaguna Parlimen kepada Dewan Rakyat Dan Dewan Negara.


Pengenalan

Seperti yang telah sedia maklum, penggunaan kaedah lantakan menggunakan Diesel Hammer dan Hydraulic Hammer telah lama mendominasi sektor pembinaan. Pelbagai isu alam sekitar dan kerosakan bangunan telah ditimbulkan berikutan penggunaan mesin pelantak ini. Diesel Hammer mempunyai kecenderungan untuk membebaskan asap yang mengandungi karbon monoksida berbahaya kepada kesihatan manusia selain menyebabkan persekitaran tapak bina menjadi kotor dengan tumpahan minyak. Penggunaan Hydraulic Hammer memberikan alternatif yang lebih bersih namun tidak dapat mengatasi masalah bunyi bising dan gegaran terhadap bangunan sekeliling.


Keadaan menjadi lebih sukar apabila melibatkan struktur warisan bersejarah. Pada masa ini Jabatan Kesenian dan Warisan telah mengeluarkan akta pemuliharaan peninggalan dan warisan bagi memastikan bangunan bersejarah dan lama kekal terpelihara. Namun begitu, tidak dapat tidak arus pembangunan tidak boleh diketepikan sama sekali, demi mewujudkan lebih banyak ruang untuk urbanisasi.


CKJG May2011a.jpg CKJG May2011b.jpg

CKJG May2011c.jpg


for full text, please download full bulletin Pdf icon2.png  here